Kerjaya politik Ahmad_Shabery_Cheek

Bersama Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Ketua Setiausaha Negara, Ali Hamsa dan Menteri Pertahanan Malaysia, Hishammuddin Hussein ketika Perarakan Panji-Panji Yang di-Pertuan Agong pada 2013

Beliau pernah menjadi Ketua UMNO cawangan Gong Cengal. beliau telah mengundurkan diri dan tidak bertanding dalam pemilihan 2018 bagi memberikan laluan kepada muka baru dan golongan muda bagi menerajui cawangan tersebut. Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kemaman. Beliau pernah menjadi Ketua Penerangan UMNO Terengganu. Beliau pernah bersama dalam parti Semangat 46 bersama Tengku Razaleigh Hamzah pada tahun 1990. Mereka kembali menyertai UMNO apabila Semangat 46 dibubarkan.[6] Beliau adalah seorang Ahli Majlis Tertinggi UMNO sehingga sekarang.[7] Pada 2004, beliau di bawah Barisan Nasional, memenangi kerusi Parlimen Kemaman mengalahkan penyandang dari Parti Keadilan Nasional, Abdul Rahman Yusof. Beliau mendapat 36,517 undi berbanding Abd Rahman Yusof 20,635 undi. majoriti kemenangan 15,882 undi.[8]Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008, Beliau telah mempertahankan kerusi P40 Parlimen Kemaman, selepas menang dengan mendapat undi sebanyak 37,139 mengalahkan calon dari PKR lawan Mohd Fariz Bin Abd Talib @ Musa yang mendapat 24,516 undi. Majoriti kemenangan sebanyak 12,683 undi.

Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2013, beliau sekali lagi mempertahankan kerusi itu dengan majoriti 12,306 undi. Beliau mendapat 45,525 undi mengalahkan Kamarudin Chik dari PKR yang mendapat 33,219 undi.

Rujukan

WikiPedia: Ahmad_Shabery_Cheek http://news.abnxcess.com/bm/2013/05/shabery-cheek-... http://ahmadfaizal.com/2013/03/25/perlawanan-amal-... http://www.astroawani.com/berita-malaysia/rombakan... http://www.bernama.com/bernama/v7/bm/ge/newsgenera... http://www.bernama.com/bernama/v7/bm/newsindex.php... http://koleksi-blog-rtm.blogspot.com http://pemudamalaysia.blogspot.com/2008/08/keputus... http://www.karangkraf.com/berita/nasional/pelantik... http://www.panduanmalaysia.com/2014/08/apa-makna-t... http://www.theborneopost.com/2013/01/22/mysportsfe...